SELAMAT DATANG
KE LAMAN e-KAUNSELING
"The Hope Channel"
VISI
Melahirkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, serta cekap sebagai salah satu
teras kepada aspek pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia
MISI
Menjadi pakar rujuk perkhidmatan e-kaunseling
Merancang keperluan perkhidmatan e-kaunseling
Menentukan pelaksanaan dan keberkesanan perkhidmatan e-kaunseling untuk warga Malaysia
Melahirkan individu yang unggul dan berketrampilan
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan e-kaunseling secara profesional kepada rakyat Malaysia
Membimbing diri individu agar lebih terbuka dan menerima diri seadanya
dalam menjana kesejahteraan modal insan

LATAR BELAKANG ORGANISASI
The Hope Channel Consultant merupakan salah satu organisasi yang menawarkan perkhidmatan kaunseling maya ataupun e-kaunseling yang beralamat di KM 7, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Kedudukannya adalah strategik dan juga menawarkan perkhidmatan yang mesra. Organisasi ini mula ditubuhkan pada 31 Ogos 2008 iaitu pada tarikh kemerdekaan. Tujuan sebenar pertubuhan The Hope Channel adalah untuk memberi perkhidmatan e-kaunseling secara profesional kepada rakyat Malaysia serta membimbing individu agar lebih terbuka dan menerima diri seadanya dalam menjana kesejahteraan modal insan. Logo yang mempunyai gambar matahari yang bersinar menunjukkan kami ingin menyinari setiap indidu agar mereka menjadi lebih berfungsi dan menjadi lebih berkembang ke arah positif. Gambar kelompak bunga pula menunjukkan kami bersedia untuk melayan pelanggan dengan penuh kelembutan dan mesra. Warna yang signifikan dengan organisasi ini ialah warna merah dan kuning, warna merah melambangkan keberanian dan warna kuning pula menunjukkan yang kami menawarkan perkhidmatan yang mengembirakan dan aman. Seperti yang sudah diketahui, warna kuning adalah warna diraja dan membawa makna raja sebagai simbol kedaulatan negara (sovereign). Warna kuning adalah satu warna ceria yang memberi makna gembira dan aman. Fungsi The Hope Channel telah berkembang maju menyebabkan syarikat ini mula berkembang maju dan terus maju bagi mencapai misi, visi dan objektif yang telah ditetapkan.